STREAMING ISLAMIC PERTAMA DIDUNIA? (NURFLIX.TV)

Sebagai usaha memperkasakan pembangunan ekonomi dan sahsiah diri, penstriman televisyen dalam talian, Nurflix.TV diperkenalkan bagi menawarkan kandungan digital baharu, segar dan selamat ditonton oleh semua golongan masyarakat berlandaskan adab serta akhlak Islam.

“Alhamdulillah, idea yang diperoleh ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu disambut baik, malah disokong oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media, The Nurflix Initiative di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor, di sini, semalam.

Bagi mencapai matlamat, platform yang dibangunkan oleh Sutera Hijau Ventures Berhad itu menggunakan khidmat kerjasama dua hala antara golongan ulama dan karyawan industri kreatif bagi menghasilkan kandungan yang menghiburkan mengikut landasan Islam.

Antaranya, Eman Manan, Erra Fazira, Mawi, Altimet, Yasin Sulaiman, Adam Corrie, Mira Filzah, Wany Hasrita dan Diana Amir.

“Saya bersyukur artis undangan tidak mengambil masa yang panjang untuk memberikan jawapan, semuanya pantas mengatakan persetujuan apabila diajak bekerjasama.

“Mereka terbabit dalam 12 naskhah yang akan ditayangkan bermula Oktober ini. Sebenarnya, perlantikan mereka bertujuan untuk menarik penonton melayari Nurflix.TV.

“Sememangnya, pelanggan Nurflix.TV terdiri daripada individu yang mahukan kandungan beradab, tetapi apabila adanya nama besar, ia dapat menarik pengikut untuk melanggan. Daripada usaha menyokong selebriti kesayangan, pada masa sama, peminat menyokong sistem kami,” katanya yang mensasarkan satu juta tontonan hingga akhir Januari, tahun depan.

Ekoran itu, kata Syah, Nurflix.TV menitik berat kualiti produksi dan nilai kreativiti dalam kandungan yang akan dipaparkan di platform berkenaan.

“Biarpun, ia adalah kisah Islamik, apa yang penting adalah kualiti kerana dengan ia akan menarik perhatian pelanggan.

“Disebabkan itu, Nurflix.TV memiliki panel penasihat kandungan yang akan memastikan setiap kandungan ditawarkan menampilkan kelainan atau subjek yang cukup unik,” katanya kepada BH Online.

Dengan mengetengahkan kandungan selamat ditonton semua kelompok masyarakat, Nurflix.TV dijadualkan akan memulakan siaran secara percubaan sepanjang tempoh tiga bulan iaitu dari Oktober hingga Disember depan.

Dalam tempoh itu, Nurflix.TV akan memperkenalkan 12 tajuk membabitkan pelbagai kategori termasuk drama dan filem yang dibintangi barisan pelakon popular. Ia akan ditayangkan secara percuma menerusi episod pertama sebelum dilancarkan secara rasmi pada Januari, tahun depan.

Sementara itu, Syah yang juga anggota kumpulan The Brothers berkata, idea asal mewujudkan Nurflix.TV sebenarnya adalah untuk mewujudkan ekosistem yang dapat memberi manfaat kepada pengguna dan penyedia kandungan.

“Bayangkan, jika ada sejuta pelanggan, daripada bayaran langganan boleh disediakan pelbagai kandungan dan pada masa sama, dapat mewujudkan peluang pekerjaan serta menjana pendapatan penggiat seni.

“Ekosistem dibentuk akan dapat membantu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan buat tenaga kerja dan karyawan dalam sektor industri kreatif. Ia secara tidak langsung dapat membantu menjana ekonomi negara,” katanya.

Oleh itu, Nurflix.TV mengalu-alukan kehadiran penerbit, pengarah, penulis skrip dan bakat baharu bagi merancakkan lagi platform berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi Nurflix TV, Datuk Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, Ketua Kandungan Nurflix TV, Farihin Fattah, Habib Ali Zaenal Abidin dan ramai penggiat seni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: