Otter, menggunakan kepintaran AI menawarkan perkhidmatan transkripsi kos rendah, membawa pengalaman Google Meet ke arah yang lebih efisian, membiarkan pengguna mengakses nota dan kapsyen langsung dalam Google Meet.Pengguna hanya perlu memasang EXTENSION CHROME , membuka panel nota yang akan merakam apa yang dikatakan semasa meeting.
Syarikat itu sudah menawarkan perkhidmatan yang serupa kepada aplikasi Zoom, tetapi kini menawarkan aplikasi perkhidmatan kapsyen langsung kepada Google. Aplikasi Otter ini mendapat tumpuan dari pelbagai pengguna kerana transkripnya yang interaktif dan dapat diedit selepas selesai Meeting.
Dalam pengunguman dari baru-baru ini, Otter menyatakan bahawa aplikasi seperti ini dapat memudahkan rakaman meeting untuk mengelakkan dari kekeliruan di kemudian hari,secara langsung dapat membantu golongan yang kurang upaya(pendengaran). Otter dengan bangganya menyatakan bahawa pengguna dapat memasukkan kata kunci ke dalam nota,– AI Otter tidak akan goyang dengan glosary profession yang anda percakapkan.
Otter bukanlah aplikasi yang sangat tepat or platform yang boleh di percayai, tetapi ianya berkesan dan solusi yang termudah yang ada buat masa ini.. yang pasti kualiti Otter itu sendiri akan di perbaiki. Ya lah, Work from Home ketika pendemik ini telah menjadi kebiasaan dan aplikasi seperti Otter ini sudah pasti dapat memudahkan lagi kerja-kerja pengguna menghadapi situasi ini.
Leave a Reply