TERBANG DRONE PERLU KELULUSAN

Bahana guna drone

Mesti ramai yang suka fly drone kan lagi-lagi dah beli ribuan ringgit, lepas itu tak boleh guna dah sebab nak bayar kerajaan terlalu mahal, ini info daripada PDRM

JomBeringat

ARTIKEL PILIHAN: TERBANG DRON PERLU KELULUSAN, ELAK DIDENDA RM50,000! CARA MOHON CUKUP MUDAH

Ketika mula diperkenalkan di pasaran, dron atau pesawat udara tanpa juruterbang dianggap barang mewah kerana harganya yang agak mahal, apatah lagi ia pada asalnya dicipta untuk kegunaan ketenteraan.

Namun perkembangan pantas teknologi menjadikan dron semakin murah dan mampu milik. Harga dron dijual semurah RM50 hingga RM1,000 untuk Toys grade dan RM1,500 hingga RM60,000 untuk Hobby grade, bergantung kepada spesifikasi yang dipasang di dalam dron itu sendiri.

Keupayaan dron merakam panorama indah dari sudut tinggi menimbulkan minat dan menjadi kegilaan pengguna, malah sebagai hobi rekreasi dan komersial, terutamanya dalam kalangan jurugambar dan juruvideo.

Namun kini, peminat mahupun pemilik dron perlu mendapatkan permit kelulusan daripada pihak berkaitan sebelum menerbangkan dron di sesuatu kawasan.

Tak boleh lagi sesuka hati membuat penerbangan tanpa sebarang kelulusan bagi mengelakkan daripada didakwa atau dikenakan tindakan.

Cara untuk membuat permohonan juga cukup mudah. Antaranya adalah seperti:

  1. Layari laman sesawang https://www.caam.gov.my/
    2.Muat turun borang permohonan dan lengkapkan butiran yang dipinta.
    3.Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke DRONE.AFT@CAAM.GOV.MY

Permohonan perlu dibuat 14 hari sebelum korang merancang untuk terbangkan dron.

Menerbangkan dron tanpa permit adalah salah mengikut Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016).

Kesalahan mengendalikan dron tanpa kebenaran boleh dikenakan denda minimum RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu manakala denda maksimum RM100,000 untuk badan korporat.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: