10 Juta Peranti Terjangkit! BADBOX 2.0 Serang TV Box Murah di Seluruh Dunia

Korang tahu tak? Lebih 10 juta peranti seperti TV Box, projektor, tablet dan sistem infotainmen kereta kini dipercayai telah dijangkiti perisian jahat paling besar tahun ini — BADBOX 2.0.

Dan lebih menakutkan, kebanyakan peranti ni adalah TV Box murah yang biasa kita beli online – macam X96mini, X96Q, Transpeed, KM6, LongTV dan banyak lagi!

Apa Itu BADBOX 2.0?

BADBOX 2.0 adalah operasi penipuan digital berskala global yang mengeksploitasi peranti Android tidak rasmi dan murah. Peranti-peranti ini dipasang dengan pintu belakang (backdoor) yang membolehkan penjenayah siber mengawal dan guna peranti anda untuk:

  • Curi akaun (Account Takeover)
  • Klik iklan palsu (Click Fraud)
  • Menyebarkan malware
  • Menggunakan IP anda untuk serangan siber (Residential Proxy)

Semua ni berlaku tanpa anda sedar walaupun TV anda nampak berfungsi macam biasa!

Macam Mana Peranti Kita Boleh Terjangkit?

  1. Pintu belakang telah dipasang siap dalam firmware (pre-installed)
  2. App jahat dimuat turun dari kedai app tidak rasmi
  3. Fail dimuat turun secara automatik bila peranti dihidupkan

Peranti ini akan hubungi pelayan penjenayah (C2 server) dan muat turun lebih banyak modul jahat secara diam-diam.

Siapa Di Sebalik Serangan Ini?

Menurut penyelidikan oleh Satori Threat Intelligence, 4 kumpulan penggodam utama terlibat:

  • SalesTracker Group – urus pelayan pusat
  • MoYu Group – bina backdoor & jalankan botnet
  • Lemon Group – terlibat dalam penipuan iklan HTML5
  • LongTV – berasal dari Malaysia, aplikasi mereka dimanipulasi untuk muat iklan tersembunyi

Model Peranti Yang Terlibat

Sebahagian model terkenal yang disahkan terkesan:

X96Q, X96mini, LongTV GN7501E, Transpeed KM7, KM6, X88, Q9 Stick, H6, Xtv77, MBOX, ADT-3, MXQ9PRO, dan banyak lagi...

Peringatan: Tidak semua unit model ini dijangkiti, tetapi risiko sangat tinggi jika dibeli dari pembekal tidak rasmi atau terlalu murah.

Apakah Matlamat Mereka?

Menjana pendapatan besar dari penipuan iklan
Sembunyikan aktiviti melalui proksi residential
Curi akaun pengguna lain secara senyap

Dengan akses penuh ke peranti, mereka boleh buat apa saja — termasuk mengakses kamera, lokasi, fail, dan data peribadi.

Bagaimana Nak Lindungi Diri Anda?

Elakkan beli TV Box dari jenama tak dikenali
Pastikan peranti anda Google Play Protect Certified
Jangan pasang APK dari luar Play Store rasmi
Guna antivirus & semak trafik rangkaian rumah

Nak Elak Jadi Mangsa?

Guna hanya TV Box yang disahkan Google dan bebas dari ancaman BADBOX 2.0:

Tonton video penuh dan amaran di YouTube kami:
YouTube @izzpunyootv

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.