Realiti Dunia Senibina: Kerja Arkitek Tak Seindah Yang Disangka

Ramai orang luar fikir kerja arkitek ni glamor. Pakai kemeja slim fit, bawa pelan besar, guna SketchUp, AutoCAD dan Revit sambil duduk di pejabat yang cantik. Tapi realitinya? 80% daripada kami struggle nak survive.

Artikel ini aku tulis untuk bongkarkan realiti sebenar dunia senibina — bukan yang indah dalam filem atau IG reels, tapi yang ramai arkitek sendiri tak berani nak cerita.

Dunia Luaran vs Dunia Sebenar

Dari luar, kerja arkitek nampak ‘cool’.
– Ada klien korporat.
– Tayang konsep bangunan ‘futuristik’.
– Bercakap tentang “green building” dan “sustainability”.
– Datang site dengan PPE lengkap, gaya macam project manager.

Tapi hakikat sebenar?

Kadang aku sendiri kena kerja sampai 2 pagi – sebab klien tukar fikiran last minit, atau majlis perbandaran reject submission.
Kena redraw, re-schedule, kena explain kat boss kenapa submission sangkut.
Kalau buat silap sikit, boleh delay satu projek.
Dan selalunya? Silap tu bukan datang dari kita pun – tapi kita yang kena backup.

Gaji Fresh Graduate Arkitek?

Ramai tak tahu, gaji untuk fresh grad arkitek (Part 2) pun kadang-kadang tak lepas RM3000.
Paling biasa RM2000-RM2800.
Itu pun kalau kau kerja kat firma besar atau lokasi bandar.
Kalau di luar Lembah Klang? Ada yang offer bawah RM2k.

Sedangkan nak jadi arkitek:

  • Belajar 5-6 tahun (degree + master)
  • Kena intern tanpa elaun
  • Beli model board, plot plan, print A1
  • Pinjaman PTPTN belum habis bayar

Lepas grad pun belum tentu ada lesen.
Nak jadi Arkitek Profesional (Part 3) kena lepas logbook, ambil exam LAM, duduk bawah Principal, dan bayar ribuan ringgit.
Ramai stuck dekat fasa ni.

Mental Burnout Itu Biasa

Budaya kerja toksik?
Memang ada. Dan kadang terlalu biasa.

Ada firm yang expect kau stay sampai malam, kadang weekend pun kena standby untuk site inspection, meeting dengan developer, dan reply email klien.
Tapi bila mintak OT?
“Ni bidang seni, bukan kerja kilang…”
Kau pernah dengar ayat tu? Aku dah banyak kali.

Sampai satu tahap, kau akan tanya diri sendiri:

  • “Aku ni arkitek ke drafter?”
  • “Kenapa semua idea aku direject?”
  • “Worth ke nak teruskan dalam bidang ni?”

Realiti Kerja Arkitek

Apa yang kita belajar masa universiti — banyak design.
Bina konsep, buat model, present kat panel.

Tapi bila dah kerja?
Design cuma 20% je daripada kerja harian.
Selebihnya adalah:

  • Layan klien cerewet
  • Attend site meeting
  • Jawab Request For Information (RFI)
  • Prepare Variation Order (VO)
  • Handle progress claim
  • Semak submission CCC, BOMBA, JKR, PBT

Itu belum cerita pasal perubahan design last minit, contractor yang salah baca lukisan, atau supplier tak deliver ikut spec.

Tapi Kenapa Ramai Masih Bertahan?

Sebab ada satu moment yang tak boleh dibayar dengan gaji atau OT.

Bila bangunan yang kau design siap.
Kau berdiri depan rumah tu, masjid tu, sekolah tu.
Dan kau rasa:

“Ni hasil titik peluh aku. Aku yang lukis foundation dia. Aku yang lawan untuk luluskan submission dia. Aku yang coordinate semua.”

Perasaan tu tak boleh dibeli. Priceless.


Kepada Student Arkitek, Intern atau Yang Baru Nak Cebur Diri…

Kau tak sorang.

Aku tengah siapkan ebook “Realiti Dunia Senibina Vol 1” – penuh dengan kisah benar dan pengalaman jujur dalam dunia arkitek.

Kalau kau nak dapat preview percuma, drop komen “NAK” kat bawah artikel ni, atau DM aku terus.

Atau kalau kau dari fakulti senibina, dan nak aku datang sharing kat universiti kau, boleh je jemput.

📧 Email: kerafbim@gmail.com
📷 IG: @kerafbim
📦 TV Box & Gadget Tech Life: Klik Sini


Beli Barang Keperluan & Kemahuan Anda!

Kalau korang minat TV Box, gadget smart home, Android TV, Dolby Vision & macam-macam aksesori menarik — boleh dapatkan kat link bawah ni:

👉 Beli dengan harga promosi di CollaShop
👉 Telegram group untuk info & review terkini
👉 Senarai TV box terbaik 2025
👉 TV box bawah RM300 pun ada!

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.